Close

Kenali Kami

Info Pusat Pendidikan Al-Hidayah

Rangkaian sekolah rendah dan menengah Islam yang beroperasi sejak 1989. Kini telah mendidik lebih 1000 orang pelajar. Dibangunkan di beberapa lokasi sekitar Perak.

  • Sekolah Rendah Al-Hidayah, Ipoh
  • Sekolah Rendah Al-Furqan, Kuala Kangsar
  • Sekolah Rendah Al-Hidayah, Seri Iskandar
  • Sekolah Rendah Al-Hidayah, Manjung
  • Pusat Tahfiz Hidayah, Ipoh
  • Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh

Di peringkat sekolah rendah, kami menawarkan aliran akademik syariah. Manakalah di peringkat sekolah menengah, kami menawarkan dua aliran iaitu akademik syariah dan tahfiz akademik. Kami juga menawarkan pendidikan di peringkat sijil tinggi agama Malaysia (STAM).

Kesemua aliran menggunakan kurikulum nasional dan jabatan agama dengan adunan kurikulum yang dibina oleh MUSLEH. MUSLEH mempunyai 43 buah rangkaian sekolah di seluruh negara dan merupakan rangkaian sekolah swasta terbesar.

Misi

  • Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani.
  • Melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.
  • Berilmu dan berakhlak mulia serta berkemampuan untuk membentuk kehidupan diri, masyarakat dan negara.

Visi

Pendidikan Al-Hidayah & Al-Furqan bercita-cita dan berusaha melahirkan :

  • Generasi Rabbani yang amileen (beramal), berketerampilan terkini dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
  • Generasi Rabbani yang berupaya memimpin masyarakat sejagat ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat.
  • Generasi Rabbani yang menjadikan Tauhid kepada Allah sebagai teras kehidupan.
Seiring dengan wawasan Al-Hidayah & Al-Furqan untuk “Membina Generasi Rabbani, maka langkah-langkah untuk memperkasakan wawasan tersebut perlu seiring antara pembangunan pendidikan dengan pembangunan infrastruktur.

Al-Hidayah Ipoh memohon kepada semua masyarakar iaitu individu-individu, para ibu bapa, syarikat-syarikat korporat, dan jabatan-jabatan kerajaan untuk menyumbang kepada pembangunan infrastruktur supaya memberi keselesaan kepada para pelajar untuk bersama mencapai wawasan yang dicita-citakan.

  Laman Web Rasmi Pusat Pendidikan Al-Hidayah Perak
  Facebook Sekolah Rendah Al-Hidayah, Ipoh
  Facebook Sekolah Rendah Al-Furqan, Kuala Kangsar
  Facebook Sekolah Rendah Al-Hidayah, Seri Iskandar
  Facebook Sekolah Rendah Al-Hidayah, Manjung
  Facebook Pusat Tahfiz Hidayah, Ipoh
  Facebook Sekolah Menengah Al-Hidayah, Ipoh

Info Dana Al-Hidayah

Dana Al-Hidayah diwujudkan bagi menjalankan tanggungjawab mencari dana bagi pembangunan sekolah-sekolah dibawah Pusat Pendidikan Al-Hidayah. Selain daripada sumbangan para ibu bapa, guru-guru dan orang ramai, Al-Hidayah dana menjana sumber kewangan melalui potongan zakat yang diterima melalui Dana Al-Hidayah sendiri. Majlis Agama Islam Perak telah melantik pengurusan Al-Hidayah Dana sebagai Amil berdaftar.

Cukai VS Zakat

Mengikut Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) ,

Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.


Fatwa berkenaan kewajipan Zakat Pendapatan Gaji

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-31 dan Muzakarah Khas yang bersidang pada 9 Dec 1992 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional. Muzakarah telah memutuskan bahawa Umat Islam boleh mengeluarkan zakat daripada pendapatan gaji dan Jabatan Hasil Dalam Negeri hendaklah memberi rebet zakat ke atas jumlah yang dibayar itu.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional. Muzakarah telah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-56 yang bersidang pada 7 May 2003 telah membincangkan Zakat Gaji Beserta Kadarnya. Muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat gaji dan pendapatan adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan kadar zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut.