Close

Mengapa perlu berzakat?

Zakat adalah rukun Islam yang ke-3. Mengingkarinya akan membawa kepada kekufuran yang besar.

Zakat bererti “bersih”, “suci”, “berkat” dan “berkembang”. Pengertian “bersih dan suci” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan mensucikan diri dan jiwa orang-orang kaya daripada sifat kedekut dan bakhil.

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sadaqah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui,
(Surah At-Taubah 9 : ayat 103)

Daripada Asma r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sumbangkanlah, janganlah engkau berkira-kira sangat agar Allah tidak berkira-kira pemberian-Nya kepadamu, dan janganlah engkau melonggok-longgokkan hartamu tanpa menyumbangkan agar Allah tidak bakhil kepadamu”
(Muttafaqun ‘Alaih)

Zakat terbahagi kepada 2
Zakat Fitrah
  • Wajib pada bulan Ramadhan hingga sebelum solat solat Aidilfitri
Zakat Harta
  • Pendapatan, Perniagaan, Simpanan, KWSP, Saham, Tanaman, Ternakan.
  • Bahagian zakat yang kerap diabaikan oleh kaum muslimin hari ini.

Fatwa berkenaan kewajipan Zakat Pendapatan Gaji

arrow-pointing-to-right

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-31 dan Muzakarah Khas yang bersidang pada 9 Dec 1992 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional. Muzakarah telah memutuskan bahawa Umat Islam boleh mengeluarkan zakat daripada pendapatan gaji dan Jabatan Hasil Dalam Negeri hendaklah memberi rebet zakat ke atas jumlah yang dibayar itu.

arrow-pointing-to-right

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan Professional. Muzakarah telah memutuskan bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.

arrow-pointing-to-right

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-56 yang bersidang pada 7 May 2003 telah membincangkan Zakat Gaji Beserta Kadarnya. Muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat gaji dan pendapatan adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan kadar zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut.

SKIM ZAKAT POTONGAN GAJI BULANAN

Menukar PCB Kepada Zakat

Melalui kaedah potongan gaji bulanan dengan menukarkan sebahagian atau keseluruhan Potongan Cukai Berjadual (PCB) kepada skim zakat MAIPk.

Melalui skim ini saudara boleh niatkan lebihan zakat pendapatan sebagai zakat emas, zakat simpanan, qadha zakat dan lain-lain zakat.

Lebihan daripada zakat wajib akan menjadi infaq/wakaf pendidikan yang dijanjikan Allah dengan pahala yang besar dan berpanjangan.

Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A(3) (Pindaan 2000) Umat Islam yang membayar zakat potongan gaji akan dapat mengurangkan atau menghentikan bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB) secara serta-merta.

Rujukan: http://bit.ly/zakatcukai

Contohnya

KETERANGANKES AKES B
PCB asal yang dikenakanRM150RM150
Potongan Zakat Gaji/Simpanan/Emas/Saham/QadhaRM65RM150
PCB baharu yang kena dibayarRM85Tiada PCB

***Tiada PCB dikenakan kerana zakat telah melebihi PCB

Anda ingin membantu kami ?

Tukarkan PCB anda kepada zakat

Dapatkan borang dipejabat kami atau muat turun di www.alhidayahdana.com

Kami adalah amil bertauliah Majlis Agama Islam Perak (MAIPk). No pendaftaran JAIPK/SMAR/IP40/97

Anda akan mendapatkan pelepasan 100% Cukai Pendapatan LHDN dengan resit rasmi MAIPk

Infaq fisabilillah kepada ‘pembangunan pendidikan islam’ dijanjikan Allah pahala yang besar dan berpanjangan